Wednesday, January 30, 2008
Sebetulnya Aku Tidak Bermimpi!!

salam buat semua..

aku update blog ni.. sambil2 aku sedang buat kerja. ada kerja yang nak diselesaikan esok. ada presentation.. biasalah.. dah rutin seorang guru pelatih memang begini..

sedar tak sedar.. aku rasa diri aku ini seperti sedang bermimpi. mimpi yang agak panjang. sedar2 aku sudah berada di satu tempat yang amat asing bagi diri aku.. asing sekali...

sebelum aku datang ke maktab perguruan cheras ini.. langsung aku tak teruja pun apabila mendapat tawaran menjadi guru pelatih kpli di sini.. malah aku langsung tak gembira ke sini..

entah kenapa.. dalam 2 minggu aku di sini.. aku semacam sedar sesuatu.. betapa aku ini sudah dewasa.. dewasa untuk menggalas tugas yang wajib aku lakukan.. demi anak bangsa aku sendiri.. perasaan yang aku sendiri tidak sedar datang entah dari mana.. mungkin menymbung legasi keluarga aku yang amat dibanggakan oleh masyarakat kampung aku.. entah lah.. yang penting, aku gembira di sini.. dan aku sanggup galas cabaran yang maha besar ini..

persetankan apa yang orang kata.. aku tetap gembira dengan apa yang aku lakukan di sini.. memang berat cabaran aku tempuhi di sini.. tapi aku rasa aku mampu untuk menggalas semuanya..

aku akan cuba.. sungguh..

aku bangga menjadi guru.. amat berbangga menjadi guru..

salamzz...


Posted at 04:54 am by GabanInc
Make a comment  

Wednesday, December 12, 2007
Hidup Manusia Dan Air Mata Manusia

em.. agak lama ye.. agak lama aku tidak mengisi apa2 di ruang terpencil ini.. hari ini aku terpanggil untuk mengisi sesuatu di sini.. mungkin dibaca oleh seseorang.. mungkin hanya dipandang sepi oleh seseorang.. mungkin langsung di anggap tiada apa oleh seseorang.. biarkan saja.. setiap manusia berhak membuat taakulan sendiri terhadap sesuatu kan.. bukan begitu?

sejak akhir2 ini.. banyak benar pengalaman yang aku alami.. mengajar aku tentang hidup yang sebenar-benarnya. betapa manusia sebenarnya adalah manusia.. dan betapa hanya beberapa manusia saja yang sedar mereka adalah manusia pada hari ini..

manusia benar adalah manusia yang berkelakuan seperti manusia dalam menjalani erti hidup seorang manusia.. dan manusia yg tidak benar atau manusia palsu hanya tahu berkata-kata tentang seseuatu dan tidk pernah mengambil tahu bahawa mereka adalah manusia..

air mata manusia juga penuh dengan kepalsuan sebenarnya.. manusia punya helah.. dan air mata adalah senjata ampuh buat sang manusia. apatah lagi di zaman ini.. simpati adalah kekhilafan utama manusia..

jadi.. sebelum menggunkan air mata.. fikir-fikirkan dulu..

salam..


Posted at 07:25 am by GabanInc
Make a comment  

Saturday, October 06, 2007
Dewa Pasti Ada Dewinya

huh! malas betul la bulan2 posa ni.. ade2 aje bende yg nk kena buat. tapi malas nk buat.. hohohoho.

raye dah dekat wei.. aku tak prepare ape2 pun. sebab sama je macam raye2 yg lepas.

sejak akhir2 ini.. aku slalu kena 'approach' oleh orang2 di sekeliling aku.. ade2 je nk kenal aku. alah.. sebelum ni pun mcm tak kenal aku. cuma sejak dua menjak ni aje. kadang2 aku malas nk layan.. kadang2 kesian pun ada.. ntah la.

dan dlm masa beberapa ketika ni aku rase pintu hati aku tiba2 terbuka kembali untuk menerima kehadiran 'tetamu'.. bukan sengaja. ntah rase semacam lain aje. padahal dah lama aku tak minat kat sape2 pun. malas.. tapi.. dia buat aku benar2 tercabar.. huh. nak kena ngorat ni.

ok la. malas nk taip byk2. bulan posa ni. nnt tak pasal2 kurang pahala sebab bergosip.. hohohho. k.. cau.

selamat hari raya... maaf zahir dan batin. kalo ade salah batin laa.. chow!


Posted at 11:17 pm by GabanInc
Make a comment  

Wednesday, July 25, 2007
Apa Itu Kewarasan Fikiran!!

Salam..

aku lagi. selepas beberapa ketika diam buat seketika. aku rase sudah sampai masanya aku menyambung kembali 'tugasan' aku ini. tugasan yg tak pernah selesai.. biasalah. selagi manusia hidup, selagi manusia masih mempunyai harapan.. selagi manusia masih mempunyai matlamat.. selagi itulah manusia tak akan pernah mati. seperti juga aku.. aku tak pernah mati. masih belum mati.. masih teguh di atas bumi ini... cuma situasi sahaja yang sentiasa berubah.

sejak akhir2 ini.. otak aku berfikir dgn amat kreatif sekali. bermacam2 gagasan, buah fikiran terbit. seperti menunggu shj aku, tuan punya buah fikiran, otak.. untuk menggerakkannya.. itulah kelemahan azali manusia.. hanya tahu berfikir.. tapi sedar ke tak kita semua ni? berapa kerat saja yg menggerakkan buah fikiran dia?

nak fikir bagaimana untuk kaya mudah.. tapi menggerakkan apa yg difikiran itu yg payah.. payah.. sehingga kadang2 fikiran yg amat bagus akhirnya hanya tinggal batu nisan.. terkubur di lubuk fikiran.. tak pernah pun di gerakkan ke alam realiti.. itulah.. manusia mmg begitu..

ok.. cukup dulu.. nnt sembang lgi.. byk betul nk taip ni.. tapi masa x pernah mahu mengizinkan aku..

bye . adios..


Posted at 02:11 am by GabanInc
Make a comment  

Wednesday, September 13, 2006
Tak kemanenye kamu dengan gedebe mu tuh!!

hoh.. sedar tak sedar.. dah lebey 3 bulan ek aku jadi cekgu sandaran di skp yg indah permai ini..(indah? ye kot)..

dan dah hampir 3 bulan gak aku tak update langsung blog aku ni.. ntah la.. macam2. malas ada.. masa aku dah dihabiskan dengan benda2 yg mengarut aje...

walau ape pun... asalkan aku tak duduk diam je cukuplah kan.. sekurangnya banyak benda2 baru, pengalaman yg aku dapat.. aku kutip kt tempat orang ni..

dah tiga bulan.. maksudnya ada 2 bulan lagi aku kt sini.. aku jadi guru sandaran ni pun sampai bulan 11 shj. lepas tu tanam anggur balik la aku..

ntah le.. keje ape plak yg aku nak buat lepas ni.. aku pun tak tahu... kadang2 pening tak kepala nk pikir benda2 camnieh.. menyakitkan kepala shj.. tgk ar dulu.. kalo ade rezeki kt mana2.. kate orang.. selagi kita percaya rezeki tu ada.. nnt kita akan dapatlah satu.. cuma banyak atau sedikitnye aje yg tak sama..

kt sini pun dah mcm2 benda aku lalui.. perangai budak2 yg 'macam2'kadang2 memang buat aku tensen.. tapi bestnye.. time exam.. bole la aku tau performance student2 yg aku ajar.. dan kebanyakan mereka ok... dan aku gembira bersama dgn mereka.. ntah le..

ok la.. aku taip blog aku ni pn masa kt dlm lab sekolah ni... sambil2 pantau budak2 tgh buat latihan diorang.. so. tak bley la aku main lama2 bende alah nie..

ok.. til we meet again..

chiow...


Posted at 06:54 pm by GabanInc
Make a comment  

Next Page

"Why do we hurts the most, the one thats we loves the most?" - Gubra.

[JOIN ME AT FRIENDSTER] Nama?

  • Abdullah Hilmi Abdul Hadi

    Nick?

  • Paklah@Helmi@Abe@Gaban

    Hobi?

  • Tengok bola
  • Dengar lagu
  • Main Games
  • Buat prog. simple2.
  • Baca komik
  • Anime

    Current status?
  • Student C sc. at USM.

    Anda Adalah Pelawat Ke:


  •    

    << May 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31

    Welcome here...

    Selamat datang ke blog aku. Tengkiu sebab singgah sebentar kt sini.. aku sebenarnya dlm proses penyiapan personal website aku sendiri. tapi masih dlm pembikinan lg.. Blog kt sini pn dh cukup la kan bt sementara waktu ni.. korang pn bukan kenal aku pon!! Sila la baca blog aku. bagi komen ke. Semuanya datang dari perasaan aku sendiri.. ikhlas!!

    Website yang aku selalo lawati:

  • Berita Utusan Melayu
  • Web Rasmi Exists
  • Web Rasmi Liverpool FC
  • Web Rasmi Real Madrid
  • Web Rasmi Premier League
  • Web Rasmi UEFA
  • Web Friendster
  • Portal VirtualFriends
  • Web Oyak


  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed